
Wow..beberapa hari sebelum berlangsungnya perlawanan, demamnya sudah menular kesegala urat saraf dan salur nadi. Barisan pemain muda yang hebat dari Old Wing nyata memberi ngauman awal yang menunjukkan petanda kerakusan, kelaparan dan kehausan kemenangan apatah lagi dengan semangat kegilaan sorakan penonton fanatik yang melimpahi bangku-bangku penonton.

Kehadiran Mahen sebagai old star dalam pasukan Old Wing begitu membakar semangat teman-teman sepasukan malah juga penonton-penonton gempak mereka, dengan gelecekan dan lenggok badan yang amat menggerunkan Mahen nyata hebat sehinggakan Kechick terdampar malah terjelepuk ditengah arena. Penampilan Hairi selaku pemain gantian amat memukau, gaya ala scotish begitu menceriakan peminat-peminat pinky adan hottiest.. ini mampu mengekalkan momentum peminat di bangku penonton.

Kelincahan Faiza, Hafis, Jalal, Muzz, Opie, Thong Chai, Pian dan kekebalan gawang yang dikawal Jack/Jam membuatkan pasukan ini begitu konsistem dari awal permainan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Keghairahan barisan pemain yang mana dihangatkan lagi dengan jeritan penyokong setia nyata memberi satu impak perlawanan yang begitu ceria dan hebat.

New Wing membariskan lima muka baru seperti Pak Chan, Amry, Man Darulnaim, Yong and Azrul nyata longlai bersama pemain seniornyer seperti Mae Pok and Kechick malah juga menenggelamkan pemain veteran berstatus bintang mereka iaitu Wan Kelah. Jaringan demi jaringan nyata membuat sorakan peminat New Wing semakin longlai dan semakin perlahan yang mana berbeza sekali dengan situasi pihak lawan, seolah memegang semangat AZAM BAK BARA API, makin lama makin membara. Aper pun kekalahan 18-22 kepada Old Wing memberi satu inspirasi baru kepada skuad New Wing untuk bangkit diperlawanan-perlawanan berikutnya.
Kecederaan Amry pada minit ke 140 nyata satu padah kepada pasukan New Wing, serangan yang bertali arus terus dilakukan tanpa belas kasihan walaupun dihalang hebat oleh Azrul dan Man tetapi nyata masih belum mampu menahan jumlah jaringan dari terus bertambah.

Saat genting ialah ketika kedua-dua pasukan terikat 16-16 (sama) dan pada ketika ini Ijal yang tidak pernah berputus asa terus memberi sokongan tetapi ternyata kelebihan berpihak kepada pasukan Old Wing kerana mempunyai pemain ganti yang cukup dan hebat. Episod perlawanan akan datang akan dikelolakan atau di uruskan oleh Nurul, tunggu dan lihat....................Bowling? Haaahhhh! Pandai ker Old Wing bermain bowling... kita tengok nanti... amigosssssssssssss............
No comments:
Post a Comment